Assalamualikum dan salam sejahtera.
Selamat menyambut kedatangan 2013. Seperti kebiasaannya menjelang sesi persekolahan baru, rakan-rakan JU DSV negeri Johor sedaya upaya menyiapkan RPH dan RPT untuk tahun 3. Jutaan terima kasih untuk anda semua. Usaha dan ketulusan anda Allh jua yang membalasnya.  Untuk itu bolehlah warga pendidik yang mengajar DSV mendapatkan bahan tersebut dari pautan  http://svsrjohor.blogspot.com   Terima kasih juga kepada pegawai kami di JPN dan PPD atas kerjasama yang telah diberikan. Harapan saya agar guru-guru di negeri Johor khasnya dapat memanfaatkan bahan tersebut dengan baik.
AKHIRNYA !
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Akhirnya RPH dan RPT DSV Tahun 2 berjaya di upload. Begitu juga RPH tahun 1. Harap kawan-kawan dapat memanfaatkannya. Kawan-kawan juga boleh download dari Portal PSV Negeri Johor ( taip: senivisual johor ). Berbanyak terima kasih kepada cikgu Mohmad Daud Ahmed yang berusaha keras untuk menyiapkan bahan dan juga teman-teman JU PSV Johor.

RESIPI DOH TEPUNG

Telah kita semua ketahui penggunaan plastersin adalah tidak digalakkan kepada murid-murid. Ini disebabkan kandungan sebatiannya yang memudaratkan kesihatan murid. Namun untuk kemahiran membentuk masih diperlukan. Oleh itu ingin saya berkongsi dengan teman-teman tentang cara membuat doh dari tepung bagi menggantikan plastersin.

BAHAN-BAHANNYA

2 cawan tepung gandum biasa
1 cawan garam halus
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
pewarna makanan (tidak dihadkan)


CARA PENYEDIAAN

Adunkan ke dalam bekas bahan-bahan seperti tepung gandum, garam, minyak masak dan digaul rata. Masukkan air dan gaul hingga sebati( minyak masak adalah untuk mengelakkan doh dari menjadi keras.

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut jumlah warna yang disediakan(jumlah warna tidak di tetapkan). Gaulkan pewana makanan dengan doh tadi hingga sebati. Uli hingga lembut.

Simpan doh tadi ke dalam bekas kedap udara. Doh sedia di gunakan untuk aktiviti membentuk .

Selamat mencuba.

Pop Up Kad Hari Lahir

Satu aktiviti seni yang menarik. Jarang didedahkan kepada murid namun ternyata ia amat digemari oleh murid-murid. Jom kita kongsi.....



Anda boleh merujuk url ini,
http://www.robertsabuda.com/
"Enjoy Your Activity"

Kursus Enjoy Learning PSV SR


1) Taklimat Sekolah Seni .......2)Menghasilkan Kolam

3)Lakaran Kolam................... 4)Mural menggunakan roller

5)Teknik Roller dan blok ....... 6) 'Sifu' Nasir Suraimi

)Taklimat PLGDP................... 8) Slot 'Indian Kolam'


9)Slot ICT- Sketchup............ 10) Boss - En Isa bin Abd Hamid

11) Big Boss-Pn Siti Hajar bt Mahpol

Bersama JPN dan rakan-rakan JU, kami telah mengadakan Kursus Enjoy Learning PSV Sekolah Rendah. Kursus tersebut telah diadakan di PLGDP Bandar Tenggara. Kali pertama menjejakkan kaki kami terkejut dan rasa kagum dengan fasiliti yang tersedia. Bilik yang selesa ala kondo, dewan kuliah yang selesa sehingga beku dibuatnya. Cuma sikit aje kurang, kami tak dapat buat "life deko" sebab LCDnya tak disediakan wayar AV. Kalau dapat pembesar ssuara yang canggih sikit rasanya tak keluar peserta dari dalam dewan. Itupun dah jam sebelas malam puas kami suruh balik bilik berehat, namun tetap nak terus juga menongkat mata....betul-betul enjoy diorang dengan kursus tu. Kami JU pun senang. Tak payah cakap banyak-banyak. Cukup intro sikit dah boleh buat sendiri. HEBAT! Harap-harap Pn. Siti Hajar dapat bersama kami lain kali dan enjoy bersama kami....